Perak Hari Ini

RIDERS APP: Aplikasi Untuk Peminat Dunia Pemotoran

IPOH: Pemilik dan peminat dunia motosikal dapat menikmati kemudahan baru melalui sebuah aplikasi yang dikenali sebagai ‘RIDERS APP’ hasil ilham tiga orang anak jati Perak di dalam kelab ‘Bikers’ Perak (APPS BIKERS) dengan hasil usahasama dengan syarikat Appsquest Sdn Bhd.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, penghasilan aplikasi ini akan memartabatkan anak Perak sebagai pencetus idea dan sekaligus mampu melonjakkan nama negeri ini di pentas dunia.

“Saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menghasilkan applikasi ini. Selain dapat menaikkan nama negeri dalam industri pelancongan serta memartabatkan anak Perak sebagai pencetus idea yang terhebat.

“Kita bangga dengan usaha dan inovasi ketiga-tiga mereka dalam mencipta aplikasi yang mana akan terus melonjakkan nama Perak di pentas dunia.

“Hasil reka cipta terhebat ini memang amat-amat penting dalam bidang Multimedia kerana pengguna di serata dunia didedahkan dengan kemajuan pesat Mobile Apps sejak sekian lama,” katanya ketika merasmikan program Ride sempena Tahun Melawat Perak 2017 dan Pelancaran serta Perasmian Aplikasi RIDERS APP di Bulatan Aman Jaya Meru, hari ini.

Jelas beliau juga, melalui penghasilan applikasi ini beliau mengharapkan ianya dapat menggalakkan lebih ramai anak muda dapat mencipta aplikasi mobile di masa akan datang.

“Pada zaman kini semuanya dilakukan secara online ataupun digital antara contohnya masyarakat lebih gemar untuk membeli belah secara online berbanding pergi ke pusat membeli belah sendiri. Kita dapat lihat di sini masa depan kita akan menuju ke arah digital.

“Melalui penghasilan aplikasi sebegini ianya dapat membuka peluang untuk anak-anak muda menjana pendapatan yang lebih besar. Saya mehu anak muda Perak khususnya ambil peluang ini,” katanya.

Antara fungsi aplikasi RIDERS APP ini ialah untuk memasukkan semua jadual-jadual acara ‘Bike Week’ di dalam mahupun luar negara, panduan navigasi (google maps/waze) dengan carian yang lebih pantas, butang kecemasan (panic button) untuk bantuan RIDERS APP RESCUE, kemudahan jual beli aksesori dan motosikal serta berbagai lagi.

Aplikasi tersebut telah mula diperkenalkan kepada pengguna di google Playstore pada 19 Februari 2017 dan juga boleh di muat turun secara percuma di Apps Store.

Pada majlis yang sama, Nolee turut merasmikan penganjuran ‘PERAK INTERNATIONAL BIKE WEEK 2017 VOL 1’ yang akan diadakan pada 3-5 November 2017 yang bertujuan menghimpunkan semua pemilik-pemilik serta peminat dunia pemotoran untuk datang ke negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");