Panasnya Hari Ini

Rosmah Lancar Buku Rangsang Deria OKU

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan buku ‘Teraputic Sensory Stimulation Garden’ (TSSG) – An introduction by BAKTI-MIND Project di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sebentar tadi.

Buku itu mengandungi panduan ringkas proses rangsangan deria, dijangka menjadi rujukan utama orang kurang upaya (OKU) dan pesakit saraf di negara ini.

Buku berkenaan dihasilkan oleh Ketua Projek BAKTI-MIND, Datuk Dr Zaliha Omar, yang juga bekas Ketua Unit Pemulihan Perubatan, PPUM dan pereka landskap, Hazreena Hussein.

Projek BAKTI-MIND adalah usaha memperkenalkan kumpulan sasar mengenai alat bantuan pembelajaran yang diperlukan OKU dengan masalah pembelajaran.

Selain itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) turut meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat taman terbuka baharu yang direka untuk pesakit rehibilitasi melakukan aktiviti rangsangan deria.

Sementara itu, Pengarah PPUM, Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, berkata pemilihan BAKTI dan kerjasama dengan PPUM adalah tindakan tepat untuk terus membantu golongan OKU meningkatkan kebolehan mereka.

“Konsep rangsangan itu membabitkan lima deria konvensional (sentuh, hidu, rasa, dengar dan pandang) dan tiga deria supra (ruang, emosi dan spiritual) dan tambahan praktikal di taman supaya pesakit boleh merangsang deria mereka.

“Projek ini turut mendapat perhatian penyelidik luar untuk dibentangkan di peringkat antarabangsa. Justeru, saya berharap inisiatif TSSG diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara, selain menggalakkan penyelidikan berasaskan evidence-based practice,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran TSSG, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pentadbir BAKTI, Toh Puan Dr Aishah Ong dan Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Datuk Seri Ir Mohamad Othman Zainal Azim, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");