Membawang Hari Ini

Sampai Bila Haleeda Mahu Bersendiri?

Rezeki bekas naib juara program Gegar Vaganza musim pertama, Haleeda nampaknya makin murah selepas menyertai program televisyen itu.

Malah ada saja undangan yang diterima sama ada untuk membuat persembahan atau berlakon drama.

Pendek kata, Haleeda sudah kembali ‘hidup’ setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan.

Haleeda juga telah membuktikan kehebatannya yang tidak boleh dipandang rendah oleh artis-artis muda.

Kalau siapa masih mengimbau, kehebatan Haleeda yang pernah diakui oleh juri Gegar Vaganza, Dato Ramli MS.

Tetapi dalam kehebatan dan kerancakan Haleeda menerima jemputan menyanyi dan berlakon, ramai yang bertanya, bila pulak Haleeda akan menamatkan zaman jandanya?

Sudah lama Haleeda hidup sendiri hanya ditemani anak daranya sahaja.

Selepas bercerai dengan Azman Adnan, ramai yang tahu Haleeda pernah menjadi isteri kedua seorang aktor namun perkahwinan keduanya tidak bertahan lama.

Haleeda tentunya ada ramai peminat baik yang tua atau yang muda. Pilihan ditangan Haleeda, kalau tak mahu yang tua, pilih saja yang muda. Apa ada hal.

Jadi Haleeda, tak kan tak rindu perhatian dan kasih sayang dari seorang lelaki? Kita tunggulah Haleeda buka mulut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");