Perak Hari Ini

Siti Kasim Jangan Bercakap Jika Tak Tahu- Mufti Perak

IPOH:Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati peguam, Siti Kasim supaya tidak mencampuri urusan Agama Islam sekiranya perkara itu tidak difahami olehnya.

Malah tindakan menyifatkan tuhan itu sama dengan makhluk atau terjadi dari makhluk boleh membawa maksud bahawa dia sudah menjadi kafir dan murtad daripada Islam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan peguam, Siti Kasim, menerusi rancangan temu bual online dengan media berbahasa Cina yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mempunyai Islam versi sendiri dan menganggap Tuhan tercipta daripada getaran.

“Tuhan berkata dalam Al-Quran ..tuhan sendiri mengatakan aku yang menciptakan segala sesuatu di bumi dan aku ini tidak ada sesuatupun daripada makhluk allah yang menyerupainya maka itu kita tidak boleh sama sekali mengatakan tuhan itu dengan gambaran sendiri.

“Nabi pula meriwayatkan bahawa jangan sekali sekali kamu memikirkan tentang zat tuhan macam mana kerana dia tidak ada tasbih tidak ada yang serupa dengan dia dan fikirkan lah tentang nikmat yang tuhan telah berikan sepatutnya jadi jang kita pertikaikan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Jelasnya lagi, segelintir pihak telah bertindak diluar batasan sehingga terlalu bijak mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Dia seorang peguam berbicaralah soal perundangan dan tidak perlu berbicara berkenaan Tauhid kerana dia bukan belajar Tauhid jadi perbuatan itu membawa murtad dan orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam bahkan kalu matipun tidak boleh ditanam didalam perkuburnan Islam walaupun namanya Islam.

“Belajarlah kita telah beruntung kerana kita telah dilahirkan sebagai orang Islam cukup beruntung dilahirkan sebagai orang Islam.

“Hanya sedikit sahaja pada kita lagi kita pelajari Islam yang telah dibawa oleh bapa dan mak kita pertahankan Agama Allah kalau kita cakap tidak benar sebaiknya usah bercakap mengenainya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan terbuka itu melampau kerana merasakan sudah hebat sedangkan ramai penguam yang hebat dalam perkara agama tidak bertindak sedemikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");