Membawang Hari Ini

Tatu Di Dada Anak Bongsu Shah Rukh Khan Curi Perhatian

UMUM mengetahui bahawa Shah Rukh Khan sering dilihat bersama anak bongsunya, AbRam Khan.

Terbaharu selebriti terkenal Bollywood itu hadir bersama anaknya menyaksikan perlawanan kriket antara pasukan miliknya, Kolkata Knight Riders menentang Gujarat Lions.

Tapi bukan aksi perlawanan dua pasukan itu yang ingin diperkatakan sebaliknya kelibat dan penampilan AbRam.

Kanak-kanak itu mencuri perhatian ramai apabila lukisan tatu dapat dilihat di dada kanannya.

Ia kelihatan menyerupai tatu yang terdapat di dada Shah Rukh sendiri.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di portal bollywoodlife.com, kedua-dua mereka mengenakan kemeja-T berwarna putih ketika hadir menonton perlawanan itu.

Bagi peminat setia Bollywood, mereka percaya hanya Shah Rukh Khan yang berani tampil dengan sesuatu yang berbeza.

Walaupun tidak mengetahui mengapa AbRam perlu mempunyai tatu, mereka yakin bapanya itu mempunyai alasanya yang tersendiri memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");