Jenayah

Tembak Tayar Untuk Tahan Empat Penjenayah

BINTULU: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dilarikan penjenayah sebelum berjaya memberkas empat anggota kumpulan itu di bandar Bintulu petang tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailani Amit, berkata tiga daripada penjenayah itu adalah lelaki, manakala seorang adalah wanita dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri kenderaan sejak tahun lalu.

Beliau berkata, siasatan awal polis mengesahkan anggota kumpulan itu terbabit melarikan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang diletakkan di kawasan lapang hadapan Time Square Mega Mall.

“Kumpulan sama juga mengaku bertanggung jawab terhadap kehilangan sebuah kenderaan Toyota Hilux Single Cab yang diletakkan di kawasan perindustrian Kemena,” katanya hari ini.

Katanya, polis mengesan perbuatan mencurigakan dua lelaki yang cuba melarikan kenderaan pacuan empat roda yang dicuri di sebuah pusat membeli belah di pusat bandar sebelum mengekori dan cuba memintas.

Kedua-dua suspek, katanya, memecut kenderaan yang dicuri itu sehingga memaksa polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan itu.

“Kedua-duanya suspek yang cuba bertindak agresif berjaya ditahan. Susulan penahanan itu, polis turut menahan dua lagi rakan suspek termasuk seorang wanita yang berada dalam kenderaan berasingan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut kes itu untuk mengenal pasti kemungkinan terdapat anggota lain terbabit sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");