Panasnya Hari Ini

Undian RUU 355 tak akan dibuat – TPM

SUBANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan bahawa pengundiaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 tidak akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penentuan terhadap RUU Memperkasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 itu bagaimanapun tertakluk kepada bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.

“Kita akan serahkan usul persendirian ini kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat, sama ada huraian atau perbahasan mengenai pindaan RUU 355 akan diberikan laluan pada sidang kali ini.

“Tetapi, saya yakin pengundian (RUU 355) tidak akan dilakukan,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Pada Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diterajui Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, selaras amalan gagasan berkenaan dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");