Berita Hari Ini

Usaha jejaki dua rakyat Malaysia hilang di Jakarta digerakkan – Wisma Putra

PUTRAJAYA: Usaha mencari dua warga Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak beberapa hari lalu kini sedang dijalankan.

Memetik sumber Astro Awani, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Luar Negeri hari ini, dua individu terbabit, Kamarol Arifin Mohamad Darus dan Mohd Shafa Ahmad tidak dapat dikesan sebaik mereka tiba di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac 2017 yang lalu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah dimaklumkan tentang kehilangan mereka pada 1 April lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Besar Malaysia, usaha mencari kedua-dua individu tersebut dilakukan melalui segala saluran rasmi yang ada.

“Pihak Kedutaan juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia untuk mengesan kedudukan terkini mereka,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, pihak keluarga kedua-dua individu ini juga sedang berhubung rapat dengan Kementerian Luar Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");