Perak Hari Ini

57 Pegawai MAIPk Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr Amiruddin Muhamed mengetuai 57 orang pegawai-pegawai agensi itu melibatkan kakitangan daripada gred 27 ke atas dalam melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Menurut beliau, usaha itu merupakan bukti komitmen MAIPk sebagai sebuah institusi islam yang membenci dan memerangi jenayah rasuah.

“Kita mahu menghindari rasuah supaya ia tidak menjadi satu perkara yang menjejaskan imej islam itu sendiri dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri dimana pada 2 bulan lepas telah membuat ikrar bebas rasuah dan kita ikut jejak langkah sedemikian.

“Sebagai institusi Islam, kita berada dibawah pemantauan Sultan dan sekiranya ada pegawai-pegawai yang terlibat dengan gejala rasuah maka ia sudah tentu akan menjejaskan nama Islam dan kredibiliti kita.

“Sekiranya ada kes melibatkan isntitusi Islam ini dalam gejala rasuah, maka ia bukan sahaja menjejaskan institusi islam tetapi ia juga menjejaskan operasi kami terutama berkaitan dengan zakat dan sebagainya. Orang Ramai akan hilang percaya pada MAIPk, itu yang kita tidak mahu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM, disini hari ini.

Amiruddin menambah, selaku badan berkanun, MAIPk tertaklul kepada prosedur atau SOP kerajaan negeri dan ia bermakna agensi itu juga tidak terlepas juga dengan isu-isu seperti salah guna kuasa.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini pegawai-pegawai MAIPk tidak terlibat dengan sebarang jenayah berkaitan rasuah dan sekiranya ada maka pihak SPRM dialu-alukan untuk melakukan siasatan.

“Memang setakat ini kita tiada kes-kes melibatkan pegawai MAIPk dengan rasuah. Saya tidak tahu jika SPRM ada membuka fail melibatkan pegawai MAIPk bagaimanapun sepanjang pengetahuan saya sebagai CEO MAIPk, tiada lagi siasatan dilakukan berkaitan rasuah melibatkan pegawai kita,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");