Berita Hari Ini

Dun Sarawak Berhak Lucut Kelayakan Wakil Rakyat

KUCHING – Dun Sarawak mempunyai hak untuk melucutkan kelayakan wakil rakyat sebagai Adun.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata Perlembagaan Negeri Sarawak mempunyai peruntukan undang-undang untuk membolehkan keputusan itu dibuat.

“Dun Sarawak mempunyai kuasa menerusi peruntukan undang-undang untuk melucutkan kelayakan Adun yang didapati melanggar perlembagaan, yang mana keputusan kali ini difahamkan melibatkan isu kerakyatan dan muflis.

“Saya setuju dgn kenyataan Datuk Abd Karim Rahman Hamzah (Adun Asajaya), memang Dun berhak buat keputusan mengenai status keahlian Dr Ting Tiong Choon, dan keputusan Dun adalah muktamad dan sepatutnya tidak boleh dipertikai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dun Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting sebagai Adun Pujut pada persidangan itu hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu boleh dicabar di mahkamah, Khairil Azmin berkata boleh, namun isu serta alasan untuk berbuat demikian perlu diberi perhatian kerana mahkamah juga akan membuat semakan berdasarkan peruntukan serta hak Dun Sarawak. –Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");