Perak Hari Ini

Guru Pembentuk Daya Juang Bangsa-MB Perak

KUALA KANGSAR:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluangkan masa meraikan guru-guru di kawasan Kampung Bawong di sini bersempena sambutan hari guru hari ini.

Beliau terdahulu hadir merasmikan program ziarah Mahabbah di Masjid An-Nur Hidayahtul Muttaqin Kampung Orang Asli Bawong di sini.

Sesi lawatan ini adalah bersempena Program Permukiman Kuala Kangsar yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 20 Mei ini.

Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata jasa guru cukup besar dan pembentuk daya juang masa depan anak bangsa.

“Selamat Hari Guru. Saban waktu jasanya menggunung, budinya tak terhitung. Terima kasih Cikgu,” katanya yang berkongsi ucapannya sempena hari guru di lawan Twitter beliau hari ini.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan ADUN Datuk D’Zolkafly Harun.

Zambry turut meluangkan masa memotong kek dan beramah mesra dengan guru-guru sekitar kawasan DUN Lintang.

Kehadiran Zambry ternyata menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar ‘selfie’ dengannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");