Perak Hari Ini

Isu Gantung Saham PCB: Pembangkang ‘Ikat Tangan Saya Dan Hentam’

KUALA KANGSAR:Pihak pembangkang sering mengambil kesempatan dengan menggunakan isu tertentu semata-mata untuk menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penggunaan isu penggantungan dagangan saham Perak Corporation Berhad (PCB) di Bursa Malaysia baru-baru ini pula digunakan oleh pihak pembangkang untuk ‘menghentam’ dirinya yang secara jelas beliau sama sekali tidak berhak untuk memberikan sebarang kenyataan kerana ia tertakluk kepada peraturan.

“Saya tidak boleh jawab berkaitan kedudukan PCB ini kerana ia tertakluk pada peraturan jadi sekarang ini tindakan pembangkang seolah-olah mengikat tangan saya dan hentam saya,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai tindakan DAP Perak menggesa Zambry memberikan penjelasan berhubung isu PCB yang digantung untuk menjalankan sebarang urusniaga di Bursa Saham Malaysia pada 9 Mei lalu.

Malah tegasnya pembangkang akan mengambil kesempatan politik apabila mereka mengetahui keterbatasan pihak kerajaan untuk menjelaskannya.

“Dia (Ngeh Koo Ham) peguam  jadi dia sepatutnya tahu saya tidak boleh memberi kenyataan mengenainya jadi dia gunakan peluang menanamkan kebencian dan mengambil kesempatan,” katanya.

Terdahulu penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, penggantungan berkenaan nyata mengejutkan kerana kewujudannya syarikat berkenaan adalah untuk membantu rakyat di negeri ini dan sekali gus memacu ekonomi dan pertumbuhan sosio ekonomi di negeri ini.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan rasmi hari ini Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menjelaskan bahawa tindakan penggantungan dagangan saham PCB  adalah disebabkan oleh kegagalan pihak PCB untuk menerbitkan Laporan Akaun Beraudit bagi Tahun 2016 sebelum tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Bursa Malaysia iaitu pada atau sebelum 30 April 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");