Berita Hari Ini

KSCIP Bakal Operasi Menjelang Ramadan

KUANTAN :Kerajaan yakin mampu menubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dalam tempoh yang ditetapkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud iaitu 90 hari.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini pihaknya sudah berjaya mengenal pasti premis sementara untuk operasi KSCIP.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Penubuhan KSCIP, berkata, berdasarkan perkembangan itu, tempoh 90 hari yang diberikan untuk membangunkan pusat itu dijangka tamat hujung bulan ini.

“Kita sedang giat menyediakan fasiliti yang diperlukan untuk KSCIP agar hasrat untuk melihat pusat itu beroperasi menjelang Ramadan ini.

“Tambahan pula, kita tidak boleh bertangguh untuk menyelesaikan isu yang menyentuh radikalisasi, ekstremisme isu yg menconteng arang kepada agama Islam itu sentiasa berterusan dan perlu ditangani secara berkesan,” katanya kepada media selepas Ucaptama sempena Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Bukit Gambang Resort City lapor Sinar Harian.

Berangkat mencemar duli merasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah yang juga Penaung Diraja PPPM cawangan Pahang.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang juga Yang Dipertua PPPM cawangan Pahang.

Beliau berkata, matlamat penubuhan KSCIP sebagai mana diperjuangkan Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak mengikut prinsip wasattiyah yang diiktiraf Raja Salman sebagai satu pendekatan terbaik dalam membawa kefahaman masyarakat terhadap ketulenan agama Islam itu sendiri.

Penubuhan KSCIP adalah antara perkara dipersetujui antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam lawatan Raja Salman ke negara ini pada Februari lalu bertujuan memerangi keganasan terhadap agama Islam.

“Justeru, is penting untuk difahami, diperhalusi dan dipromosi secara meluas agar salah faham dan salah tanggap masyarakat global terhadap kesucian agama Islam dapat dijernihkan.

“Di samping pelbagai kelompok pengganas yang seringkali memanipulasi Islam mengikut kepentingan politik mereka,” katanya.

Sementara itu, Dr Asyraf Wajdi berkata, PPPM boleh menjadi platfrom untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kasih sayang bermula dari peringkat sekolah.

Dalam masa sama menonjolkan bakat kepimpinan golongan wanita dalam pelbagai bidang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");