Sukan Hari Ini

Red Devils Hampiri Final

MARCUS Rashford muncul wira Manchester United apabila gol tunggalnya memberi kelebihan buat The Red Devils menjelang aksi timbal balik Liga Europa di Old Trafford, minggu hadapan.

Pada separuh akhir pertama menentang Celta Vigo di Estadio de Balaidos awal pagi semalam, Rashford menghasilkan gol menarik menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Gol pada minit ke-67 itu meningkatkan peluang United untuk menjuarai Liga Europa buat kali pertama serta menjamin tempat ke Liga Juara-Juara, musim depan.

“Dia selalu melakukannya (tendangan percuma) semasa latihan. Jadi malam ini dia berkeras mahu mengambilnya.

“Kami tidak melihat kepada usia pemain, jika dia bagus…kenapa tidak.

“Rashford berbisik dengan penuh yakin kepada saya, sepakan percuma itu akan menggegar jaring lawan.

“Ya, saya tumpang gembira tendangannya menepati sasaran. Apa yang lebih penting kami menang malam ini,” kata Paul Pogba.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");