Berita Hari Ini

‘Litar Pintas Boleh Berlaku Pada Powerbank’

MELAKA: Pengecas mudah alih atau ‘powerbank’ yang tidak mempunyai sistem perlindungan litar pintas boleh menyebabkan kematian.

Pensyarah Kanan Jabatan Elektrik Kuasa, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Jasrul Jamani Jamian, berkata kematian boleh berlaku akibat pengaliran arus pada jantung atau thermal runaway yang berlaku hasil litar pintas dalam pengecas terbabit.

“Fenomena thermal runaway berlaku dalam masa amat singkat dan apabila bersentuhan dengan anggota badan, ia mengakibatkan kesan melecur teruk pada kulit.

“Ramai beranggapan voltan rendah seperti 12 volt itu tidak mungkin membunuh.

“Hakikatnya, voltan tidak menyebabkan kematian, sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung itu yang menjadi punca maut.

“Sebagai contoh, 2.1 Ampere adalah nilai purata keluaran arus normal bagi pengecas mudah alih sedangkan nilai arus litar pintas boleh berlaku pada pengecas melebihi 100 Ampere,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit sedang dicaj menggunakan pengecas mudah alih di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, di sini, pagi kelmarin. Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidur oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahu kiri.

Jasrul Jamani turut menasihatkan masyarakat tidak meletakkan pengecas mudah alih berhampiran anggota badan terutama ketika tidur, selain membeli pengecas mudah alih yang mempunyai sistem perlindungan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata laporan penuh perubatan termasuk punca sebenar kematian remaja lelaki itu akan diperoleh dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

“Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa boleh juga merujuk kepada pihak berkaitan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung punca kejadian,” katanya lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");