Isu Panas

Masyarakat Cina Ikut Perkembangan Pas

MCA mengakui masyarakat Cina sedang mengikuti secara serius perkembangan politik membabitkan Pas terutama sekali meluluskan usul supaya memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasrat sama ada Pas ingin bekerjasama dengan Umno atau tidak kini jadi isu yang diperhatikan masyarakat Cina.

“Walaupun apa yang akan berlaku nanti, MCA tetap menaruh keyakinan bahawa BN masih mengamalkan semangat consensus,” kata Tiong Lai seperti yang disiarkan dalam Sin Chew Daily.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa Kerja MCA turut mengkaji dengan serius perkembangan politik semasa selepas berakhirnya muktamar Pas.

“MCA mendapat tahu RUU355 yang dibawa Pas telah menerima sokongan yang kuat daripada umat Islam di seluruh negara.

“Selain itu, MCA turut memerhatikan usaha dirancang Pas untuk menawan lima negeri dalam PRU akan datang sekali gus melaksanakan pindaan pelbagai enakmen undang-undang syariah lain sekiranya Pas berkuasa seperti yang dikatakan oleh bekas Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");