Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan sambutan Hari Bomba Sedunia 2017 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin bersama-sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan disambut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Sultan Nazrin yang menerima tabik hormat turut berkenaan memeriksa kawalan kehormat dan diteruskan dengan perarakan anggota kontinjen perbarisan, pertunjukkan kebombaan oleh 27 kontinjen disertai seramai 2,100 anggota JBPM dan pelajar sekolah serta 90 unit kenderaan jabatan terbabit.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa;Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Sahar, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ kali ini turut melibatkan penyertaan jentera jabatan dan swasta antaranya pasukan HAZMAT dan CBRne, Pasukan Penyelamatan Bangunan Tingg dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA).

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan khas Tarian STORM, dua unit Form Tender dan satu unit Aerial Ladder Platform Turn Table (ALPT) jenis Scania yang merupakan aset terbaru jabatan.

Terdahulu, Noh ketika berucap berkata adalah menjadi hasrat dan matlamat seluruh warga jabatan bomba dan penyelamat malaysia untuk sentiasa meningkatkan lagi mutu perkhimatan bomba dan penyelamat di negara ini.

“Usaha-usaha mendekati masyarakat dan melibatkan mereka dalam aktiviti kebombaan akan diteruskan sebagai langkah pro aktif bagi mencegah kebakaran daripada berlaku malah antara usaha yang telah dan sedang dilakukan ialah memperkasa pasukan bomba sukarela dan menubuhkan lebih banyak pasukan bomba komuniti,” katanya.

Menurut Noh lagi, pada tahun 2016 angka kematian akibat kebakaran telah berkurang 30 peratus iaitu dari 153 orang pada tahun 2015 kepada 107 orang termasuk juga nilai kerugian harta benda akibat kebakaran telah berjaya dikurangkan sebanyak 34 peratus manakala bagi nilai harta benda yang diselamatkan pula telah meningkat sebanyak 21 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");