Perak Hari Ini

OPS Ramadhan: Periksa Kualiti Kebersihan Makanan 

KAMPAR: Pemeriksaan akan dijalankan terhadap lebih 100 bazar Ramadhan di seluruh negeri ini untuk memastikan kualiti dan kebersihan penjualan makanan kepada orang awam menerusi penganjuran Ops Ramadhan dalam keadaan baik

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Hassan Merican Omar Naina Merican

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Hassan Merican  Omar Naina Merican berkata  Ops Ramadhan itu adalah usaha untuk memberitahu kepada peniaga supaya menjaga kebersihan dan penjualan juadah sempena bulan Ramadhan.

Operasi ini dijalankan oleh Jabatan Kesihatan menerusi Pejabat Kesihatan Daerah bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

“Kita akan membuat pemantauan secara berkala di seluruh Perak melibatkan semua bazar Ramadhan seluruh daerah,”katanya sejurus selepas mengadakan lawatan di tapak Bazar Ramadhan Kampar dan merasmikan program Ops Ramadhan bagi tahun ini.

Tambahnya lagi, amalan menjaga kebersihan patut diterapkan seperti pemakaian apron dan topi oleh para peniaga.

“Pembeli juga dinasihati supaya lebih berhati-hati memilih makanan dan menilai tahap kebersihan sesuatu premis makanan.

“Kita turut mengambil sample makanan yang akan dihantar ke makmal untuk memastikan ia bersih dan bagi makanan yang dilihat berisiko tinggi seperti makanan mentah dan tidak dimasak,” katanya.

Bagaimanapun katanya setakat hari ini pihaknya belum lagi menerima sebarang rugutan daripada orang awam.

Pada tahun 2016 sahaja sebanyak 4,817 buah premis makanan terutamanya di Bazar Ramadhan telah diperiksa bagaimanapun tiada premis dilaporkan ditutup.

Ops Ramadhan 2017 diadakan bertujuan memantau dan menjalankan penguatkuasaan program keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya kesihatan berikutan penipuan pada aspek penyimpanan, penyediaan, pemprosesan,pembungkusan, pengangkutan,penjualan, penggunaan dan perdagangan makanan.

Pemeriksaan keatas premis makanan adalah berasaskan kepada faktor risiko kesihatan bagi memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985-serta Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");