Perak Hari Ini

Pertelingkahan Pembangkang:Tak Perlu Ulas, Fokus Persiapan Parti Sahaja

MANJUNG:Masih terlalu awal untuk meramal sebarang tindakan dan mengeluarkan kenyataan mengenai senario pembangkang kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara utama kini adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanya akan terus membuat persiapan di semua peringkat dalam menghadapi pilihan raya umum kelak.

Malah jelasnya, adalah lebih baik bertindak mengelak diri dari mengeluarkan kenyataan dan persepsi berkaitan dengan pihak pembangkang.

“Mungkin ia memberi kebaikan atau sebaliknya tetapi di pihak BN kami terus menjalankan kerja kami sahaja,”katanya kepada media hari ini.

Malah jelasnya, tindakan itu tidak wajar berikutan ia melibatkan masalah dalaman parti masing-masing .

“Jika saya cuba membuat kenyataan ia akan disifatkan mempunyai matlamat tertentu seperti ‘ada udang disebalik batu’,” katanya.

Beliau turut berkata dakwaan kerjasama yang bakal terjalin antara UMNO dan PAS juga masih terlalu awal untuk diramalkan oleh mana-mana pihak.

“Tapi paling penting persiapan untuk pilihanraya diteruskan masih terlalu awal untuk meramal sama ada melibatkan dua pihak atau tiga yang akan bertanding kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");