Berita Hari Ini

Rasuah: MAINPP Akan Ambil Langkah Tegas

GEORGETOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan memecat kakitangannya yang terbukti terbabit dengan kegiatan rasuah, susulan 11 individu termasuk empat pegawai termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd Salleh Man, berkata pihaknya juga akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk membantu siasatan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan ZPP akan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai dan pengurusan ZPP.

“MAINPP sebagai satu institusi agama akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang terbukti terbabit dengan rasuah dan tidak akan teragak-agak untuk memecat individu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi ZPP, hari ini lapor Berita Harian.

Mohd Salleh yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah ZPP turut memberi jaminan MAINPP akan berusaha mengambil langkah bagi meningkatkan ketelusan dan urus tadbir di semua peringkat pengurusan ZPP.

Semalam, SPRM Pulau Pinang mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif dan tiga pegawai ZPP serta tujuh kontraktor direman bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah.

Semua suspek direman selama seminggu mulai semalam, bagi membantu siasatan penyelewengan dan rasuah wang zakat dalam projek pembangunan masyarakat ZPP.

Dalam perkembangan lain, EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Kassim dan Mohd Salleh akan mengadakan sidang media mengenai isu berkenaan pada jam 12.30 tengahari, hari ini di Tingkat 52, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");