Perak Hari Ini

Tambah Peruntukan Tahunan: Bukti Kerajaan Negeri Ambil Berat Nasib Veteran Tentera

Kerajaan Perak sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam menjaga kebajikan anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia bagi membolehkan mereka terus aktif dalam membela nasib rakan seangkatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama  dan memastikan nasib anggota persatuan berkenaan diberi bantuan setimpal dengan sumbangan mereka kepada Negara.

Justeru, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menambah peruntukkan tahunan kepada persatuan berkenaan menjadikan ia sebanyak RM 4,000 setahun bagi membolehkan organisasi berkenaan melaksanakan urus tadbir dengan lebih baik.

“Saya gembira kerana Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia merupakan antara persatuan yang paling aktif dengan mempunyai cawangan yang paling banyak  iaitu sebanyak 44 cawangan.

“Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan persatuan ini dan kita membincangkan bagaimana untuk menjaga kebajikan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan anggota vateren.

“Sebab itu saya memaklumkan akan meningkatkan peruntukan tahunan kepada RM 4,000 setahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Veteran Angkatan Tentera di RTC Gopeng, disini hari ini.

Zambry menambah, sebelum ini kerajaan negeri memperuntukkan RM 2,000 setahun dan kemudian dinaikkan kepada RM 3,000, bagaimanapun nilainya dipertingkatkan lagi tahun ini.

Katanya, dengan peningkatan peruntukan tersebut persatuan berkenaan diharap dapat memainkan peranan sebagai duta kepada msyarakat untuk menerangkan akan betapa pentingnya aspek keselamatan Negara.

“Saya melihat persatuan ini sebagai badan yang cukup aktif dan tersusun dari segi organisasinya dimana mereka sentiasa bergerak dengan begitu baik dan bertindak sebagai satu suara.

“Saya harapkan peratuan ini turut menjadi duta atau penyampai akan betapa pentingnya aspek menjaga keamanan Negara kerana suara merekalah yang lebih sahih untuk menceritakan tentang peri pentingnya keamanan di Negara,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi majlis berkenaan Zambry turut menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada 10 anggota veteran tentera yang telah banyak mengharumkan nama Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");