Perak Hari Ini

80 Peratus Kemiskinan Bagan Serai Selesai

BAGAN SERAI: Lebih 80 peratus masalah kemiskinan di Parlimen Bagan Serai telah diselesaikan hasil usaha tanpa henti kepimpinan setempat.

Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, melalui program-program turun padang seperti Ziarah Kasih ia memberi peluang kepada pihaknya untuk menjelajah ke seluruh kawasan kampung dan sekaligus mengenalpasti mana-mana masalah yang mungkin diterlepas pandang.

Tambah beliau, program seperti ini turut mendapat kerjasama dari wakil-wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal, Yayasan Bina Upaya (YBU) dan sebagainya.


“Melalui penglibatan pihak sebegini, mereka dapat mengenalpasti permasalahan serta bentuk bantuan yang boleh disalurkan.


“Sehingga kini lebih 80 peratus masalah kemiskinan yang berlaku didalam Parlimen ini telah berjaya diselesaikan,” katanya selepas menyempurnakan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, di sini, pada Ahad.
Dalam program tersebut, seramai 700 penerima warga emas,orang kurang upaya dan anak yatim menerima duit raya dan  cenderahati yang disumbangkan UMNO Bahagian dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");