Isu Panas

Batal GST Takut Kalah PRU14

SHAH ALAM – Pas mendakwa pembatalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barangan makanan dibuat bukan kerana kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sebaliknya ia dilakukan kerana kerajaan takut kalah dalam PRU14.

“Kerajaan seperti ini hanya takut dengan kuasa undi rakyat. Sekarang kalau rakyat minta apa pun mereka akan bagi.

“Lepas PRU, macam-macam bebanan akan dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam lapor Sinar Harian.

Beliau turut mempersoalkan apakah jaminan kerajaan 60 barangan itu tidak dikenakan semula GST jika BN menang.

“Tarik sementara saja, macam saktah, berhenti dengan senafas. Ini pun samalah, kerana takut undi rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");