Jenayah

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok

KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok di kawasan Pelabuhan Kuantan, dekat sini, semalam.

Mangsa, Ab Aziz Jusoh, 54, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan dahan kayu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Gebeng dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Anuar Hassan, berkata pokok yang tumbang itu menghempap motosikal ditunggang mangsa dan sebuah Perodua Viva.

“Dua lagi mangsa iaitu penumpang Perodua Viva sempat keluar daripada kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan ketika kejadian, hujan lebat dan angin kencang kira-kira jam 5 petang tadi di sekitar lokasi kejadian.

Anuar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan waris sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");