Sukan Hari Ini

Belum Cukup Cergas

KUALA LUMPUR: Selepas tersingkir awal pada Terbuka Indonesia minggu lalu, jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di Terbuka Australia bermula hari ini.

Chong Wei mengambil keputusan itu kerana berdepan tahap keadaan fizikal yang kurang cergas selain mahu mendapatkan rehat yang mencukupi sebagai melakukan persiapan ke Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos depan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan perkara itu, semalam.

“Sebenarnya Chong Wei sudah memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu (tarik diri) dan keputusan berkenaan dibuat kerana dia mahu berehat,” katanya.

Pada Terbuka Indonesia minggu lalu, Chong Wei tewas mengejut seawal pusingan kedua di tangan pemain India H S Prannoy.

Sementara itu, Norza pada masa sama mengesahkan badan induk itu turut menggugurkan beregu utama negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei daripada menyertai Terbuka Australia kerana gandingan itu gagal beraksi pada tahap sebenar.

“Saya minta supaya mereka membaiki prestasi dengan kadar segera kerana ketika ini permainan mereka amat tidak memuaskan,” katanya.

Vivian-Khe Wei tersingkir lebih awal apabila kecundang di tangan beregu Hong Kong, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet di pusingan pertama.

Ketiadaan Chong Wei menyaksikan cabaran acara perseorangan negara digalas oleh dua pemain profesional Liew Daren dan Zulfadli Zulkiffli.

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");