Jenayah

Komen FB Punca Dua Pelajar Bergaduh

NILAI: Saling menyindir serta mengutuk sesama sendiri, termasuk di laman sosial, Facebook menjadi punca dua pelajar bergaduh, sebelum rakaman video insiden itu menjadi viral di laman sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata siasatan mendapati, kedua-dua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu, saling berdendam sebelum bersemuka di sekolah di Mantin di sini, Jumaat lalu.

“Terdahulu, pelajar yang berusia 16 tahun mengutuk pelajar berusia 17 tahun, sebelum mencabarnya bergaduh di luar sekolah. Cabaran itu kemudian disahut pelajar yang berusia 17 tahun terbabit.

“Dengan diiringi kumpulan rakan masing-masing, mereka kemudian bertemu sebuah padang permainan terletak kira-kira 100 meter dari sekolah pada jam 1 tengah hari dan mula bergaduh,”

katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, kejadian itu sudah diketahui oleh ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit yang mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan kes berkenaan dan tidak membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rusni Ab Jalil, berkata kedua-dua pelajar itu bersama ibu bapa masing-masing dipanggil ke sekolah hari ini.

“Hasil pertemuan, kedua-dua pelajar mahu berdamai dan meminta maaf kepada satu sama lain.

Walaupun ia berlaku di luar sekolah, kita mencadangkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin dan memberikan kaunseling kepada mereka,” katanya di sini, hari ini.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");