Sukan Hari Ini

Malik Mahu Kekal Rekod Penjaring Terbanyak

Kuantan: Kapten Kuantan FA Abdul Malik Mat Arif sudah menjaringkan lapan gol setakat ini dan tidak mahu rekod itu terhenti setakat itu.

Sebaliknya sebaik saingan Liga Perdana bersambung bulan depan, dia yang bersaing dengan penyerang import, percaya komitmen tinggi akan membolehkannya muncul penjaring terbanyak.

Malik berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk merealisasikan misi berkenaan ketika pada masa sama mahu memastikan Kuantan FA meraih kedudukan lebih baik berbanding musim lalu.

“Saya gembira dengan prestasi musim ini kerana sudah menjaringkan lapan gol dan berharap sentuhan lebih berbisa dapat dipersembahkan apabila saingan liga bersambung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Musim lalu, pemain berusia 26 tahun itu muncul penjaring terbanyak tempatan dengan 10 gol dalam saingan Liga Perdana.

Bagaimanapun, The Seagulls perlu menampilkan prestasi lebih konsisten jika mahu berada dalam kelompok lima pasukan terbaik selepas menamatkan 13 perlawanan di tangga kelapan.

 

-HARIAN  METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");