Isu Panas

Pakatan Harapan Daftar Secara Rasmi Lepas Raya

PETALING JAYA – Pakatan Harapan akan melakukan pendaftaran jawatankuasa gabungan tersebut secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) selepas cuti Hari Raya Aidilfitiri ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Seri Ismail berkata, buat masa ini, Pakatan Harapan masih belum sedia didaftarkan bagi menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

“Kita masih berbincang antara satu sama lain sebelum ia dipersetujui secara bersama,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini lapor Sinar Harian.

Wan Azizah berkata, pihaknya juga sedang melakukan perbincangan berhubung struktur barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum ia dipersetujui secara konsensus oleh keempat-empat parti.

Diminta mengulas mengenai kontroversi calon perdana menteri Pakatan Harapan, Wan Azizah enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Kita menang dulu, nanti kita boleh cakap siapa yang layak untuk menjadi perdana menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");