Berita Hari Ini

Jenazah Juruterbang Tiba Di Surau Pangkalan TUDM

KUANTAN – Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, tiba di surau Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada pukul 5.45 pagi ini.

Jenazah mereka dibawa dengan dua van jenazah dengan diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM dan kenderaan anggota keluarga kedua-dua juruterbang berkenaan.

Jenazah mereka kemudiannya akan dimandikan dan dikafankan di surau berkenaan dan disolatkan sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing menggunakan pesawat TUDM .

Jenazah Yazmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur manakala jenazah Mohd Hasri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.

Yazmi, 39, dan Mohd Hasri, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");