Berita Hari Ini

Kampong Bharu: PKB Mohon Pengecualian Bayaran Pemohon Harta Pusaka Kecil

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kampong Bharu (PKB) merayu kerajaan untuk memberi pengecualian bayaran kepada pihak-pihak yang membuat permohonan harta pusaka kecil di lokasi berkenaan.
Pengerusinya, Datuk Affendi Zahari berkata ia termaktub dalam perintah Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG).
Jelasnya, ia juga terkandung di dalam Perintah Pembahagian dan Perintah Kuasa Mentadbir (Seksyen 8) yang dikenakan sebanyak 0.2 peratus daripada nilai harta pusaka si mati.
“Kita di PKB ada buat klinik dua kali sebulan, sesiapa ada masalah faraid datang, kerana JKPTG ada wakilnya, Amanah Raya Berhad (ARB) ada wakilnya.
“Kalau kamu tidak datang, kita tidak dapat membantu. Jika ada aduan harta pusaka, mereka tidak tolong diri mereka, bagaimana untuk kami bantu?” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Jelasnya, dengan pemberian pengecualian ini, ia dapat mengurangkan beban kewangan waris.
Ia sekali gus dijangka menyelesaikan isu harta pusaka hartanah Kampong Bharu dengan lebih cepat.
Tegasnya, waris juga tidak akan mempunyai alasan untuk melengahkan atau tidak membuat tuntutan harta pusaka.
Tambahnya, pembangunan Kampong Bharu juga akan menjadi lebih rancak dan mendapat perhatian daripada pemaju hartanah.

-ASTRO AWANI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");