Sukan Hari Ini

Madrid Benarkan Llorente Sertai Sociedad

Diego Llorente telah meninggalkan Real Madrid bagi menyertai Real Sociedad selepas mempersetujui kontrak selama lima tahun.

Pertahanan Sepanyol itu telah menghabiskan dua musim terakhir di Rayo Vallecano dan Malaga serta menikmati tempoh di kedua-dua kelab sebagai kesebelasan utama.

Ia merupakan senario berbeza apabila kembali menyarung jersi serba putih apabila dia hanya membuat dua penampilan selaku pemain simapanan.

Pemain berusia 23 tahun itu turut membuat penampilan pertama bersama Sepanyol, Mei tahun lalu, ketika melakar kemenangan 3-1 ke atas Bosnia Hezergovina.

Dia mengakui perpindahan ke Sociedad adalah pentas terbaik untuk dia mula membina namanya.

“Segala-gala yang saya dengar mengenai San Sebastian amat baik,” katanya.

“Saya gembira kerana kelab seperti Sociedad menunjukkan minat terhadap saya.”

“Real Sociedad memiliki reputasi yang cukup baik — tidak kira domestik mahu pun antarabangsa.”

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");