Jenayah

Lagi Kes Wanita Pandu Lawan Arus

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita berusia 56 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kenari pada arah bertentangan di Lebuhraya Link Kedua dekat Gelang Patah di sini.

Rakaman berdurasi 27 saat itu tular selepas dimuat naik oleh Nicholas Lim di Facebook pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad mengesahkan perkara tersebut berlaku pada tengah hari Ahad.

Beliau berkata, pemandu yang juga merupakan pemilik kenderaan terbabit memandu pada arah bertentangan menuju ke Senai.

“Wanita itu telah ditahan di balai polis Pekan Nenas dan polis sedang menyiasat insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi The Star

 

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");