Sukan Hari Ini

Montella Harap Donarumma Kekal

Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, mengharapkan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, akan menandatangani pembaharuan kontrak setelah menolak tawaran itu sebelum ini.

Segala-galanya agak kucar kacir sejak Donnarumma mengumumkakn bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baharu.

Susulan perbincangan satu demi satu bersama ejennya, Mino Raiola, penjaga gol berusia 18 tahun itu tampil dengan kenyataan di laman Instagram miliknya dan meluahkan kesediaan untuk membincangkan kontrak baharu sebelum mendakwa akaunnya telah digodam.

Masa depan Donnarummaa hampir pasti bakal diselesaikan tidak lama lagi tatkala Montella mengesahkan bahawa pemain itu merupakan antara tonggak utama di San Siro.

“Masa depan Donnarumma? Bagi saya, ia tidak terletak di tangan Milan mahupun saya,” kata Montella kepada Sky Sports Italia.

“Dia layak mengambil masa untuk berfikir dan kami berharap dia memilih Milan. Kami sedang menanti.”

Sementara itu, Pengarah Teknikal, Massimiliano Mirabelli, turut meluahkan keyakinan bahawa penjaga gol no.1  Itali itu akan terus kekal bersama mereka.

“Kami mahu kisah dongeng ini berakhir dengan kebahagiaan. Kami sudah pun melakukan apa yang terdaya, jadi kami hanya perlu menunggu,” jelas Mirabelli.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");