Perak Hari Ini

Lelaki Cedera Melecur, Cuba Bunuh Diri

IPOH:Seorang lelaki, lingkungan 30-an, melecur pada bahagian kaki dan tangannya dalam cubaan membunuh diri dengan membakar biliknya menggunakan arang.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak mangsa bertindak bersembunyi di dalam bilik di rumahnya di Jalan Too Jee Lim Taman Ipoh di sini sekitar jam 10.56 pagi tadi.

“Pihak penyelamat menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.56 pagi tadi dan mendapati mangsa mengunci biliknya serta cuba membakar bilik menggunakan arang,” kata sumber.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan melecur tahap pertama pada bahagian peha, betis dan tangannya.

“Semasa pihak Bomba masuk ke bilik, didapati mangsa tidak sedarkan diri dan bilik dipenuhi asap.

“Pihak Bomba telah berjaya membuka pintu bilik mangsa dan memadamkan kebakaran yang berlaku sementara mangsa dibawa oleh pihak ERMRS ke Hospital untuk menerima rawatan segera,” kata sumber.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");