shadow

IPOH:Kehadiran beberapa buah kereta yang menunggu seakan ‘drive thru’ di hadapan sebuah restoran terkenal di bandaraya ini pada waktu tengah hari di bulan Ramadan menimbulkan tanda tanya kepada pihak Peraktoday.

Tinjauan sekitar 12 tengah hari tadi mendapati beberapa buah kereta sedia menanti tempahan ‘menu istimewa’ dari restoran ini.

Kelihatan pelayan restoran pula menghantar bungkusan ke dalam setiap kereta yang sedia dan sabar menanti itu.

Kebanyakkan pelanggan hanya perlu menanti ‘juadah istimewa’ dan tidak perlu keluar dari kereta masing-masing apabila pekerja kedai tersebut sudah bersedia dengan ‘bungkusan’ tersebut.

Menariknya difahamkan situasi menarik ini bukannya kali pertama dan sering kelihatan apabila tiba bulan Ramadhan setiap tahun.

Adakah ini fenomena ponteng puasa?, mungkin pihak berwajib boleh meninjau lokasi dan memantau keadaan ini.

Komen & Pendapat