Jenayah

Maut Diserang Beruang

LOS ANGELES: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor beruang ketika menyertai satu larian di Alaska, hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa berkata, Patrick Cooper dikatakan sempat menghantar mesej teks kepada keluarganya ketika serangan berlaku.

Mangsa dari Anchorage itu yang menyertai larian gunung tahunan Ahad lalu, melalui laluan mencabar ketika bertembung dengan beruang itu.

“Beliau dilaporkan menghantar mesej kepada keluarganya, menyatakan dia dikejar beruang.

“Ibu dan keluarganya berada di sini kerana anaknya menyertai perlumbaan,” kata jurucakap jabatan polis Anchorage, Nathan Michell, kepada pemberita.

Beberapa orang pelari dan penyelamat bergegas ke lokasi tetapi tidak dapat mendekati Cooper kerana beruang berkenaan masih berada di situ.

“Beruang itu berlegar-legar berhampiran remaja berkenaan,” kata seorang renjer Chugach State Park, Tom Crockett, kepada media.

Beliau berkata, seorang renjer taman menembak muka beruang itu tetapi ia sempat melarikan diri.

Mayat Cooper ditemui kira-kira 500 meter dari denai berhampiran kawasan hutan tebal.

“Beruang jarang dilihat di kawasan itu dan belum jelas apa yang menyebabkan ia menyerang,” kata Crockett. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");