Jenayah

Maut Menjelang Aidilfitri

KULAI: Seorang wanita maut, manakala anak lelakinya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok penghadang jalan berhampiran landasan kereta api di Sengkang, Kulai, Johor, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Vickram Nawar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.45 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Rapiah Mohammad, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Pemandu kereta terbabit, Mohd Khairul Anuar Mohd Ramli, 18, cedera parah.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai, untuk rawatan selanjutnya dan mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");