Perak Hari Ini

MB Tak Lupa Pesakit Di Hospital

MANJUNG:Tugas Menteri Besar bukan saja menjaga keperluan rakyat malah turut prihatin terhadap soal kesihatan pesakit yang terlantar di hospital apatah lagi menjelang Syawal tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kali ini meluangkan masa sekitar satu jam menziarah pesakit di Hospital Seri Manjung di sini hari ini.

Beliau turut menziarahi kira-kira 30 pesakit yang ditempatkan di wad hospital bahagian wad kanak-kanak sambil menyampaikan sumbangan sebanyak 100 hamper kepada pesakit dan kakitangan hospital.

Turut hadir menziarahi pesakit, ADUN Pasir Panjang Datuk Roshidi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU), Datuk Ismail Saffian.

Sepanjang Ramadhan ini Zambry turut meluangkan masa menziarahi para pesakit di hospital, Qiamulai dan berbuka bersama rakyat dan pelbagai lapisan masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");