Sukan Hari Ini

Pemanah Yakin Kutip Empat Emas

KUALA LUMPUR: Keyakinan barisan pemanah negara untuk mencapai sasaran empat emas Sukan SEA Ogos nanti semakin bertambah selepas berpeluang mencuba venue pertandingan sebenar.

Menerusi kejohanan hujung minggu lalu, mereka berpeluang mengadakan aksi persahabatan di venue yang terletak di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

“Apa yang boleh saya katakan, keyakinan kini semakin menebal untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara selepas berpeluang beraksi di venue pertandingan sebenar hujung minggu lalu.

“Angin hanya bertiup satu arah dan ia sesuatu yang positif bagi pemanah kerana tidak akan menimbulkan banyak masalah apabila melakukan panahan.

“Saya berharap situasi sama berlaku ketika Sukan SEA nanti,” jelas pemanah compound negara Zulfadli Ruslan.

Zulfadli antara pemanah yang meraih emas acara berpasukan Sukan SEA Singapura dua tahun lalu selain memenangi perak individu.

Dia mempunyai misi berganda untuk mempertahankan emas acara berpasukan serta berkemungkinan meng
hasilkan emas pertama kontinjen negara Sukan SEA apabila acara individu berlangsung pada 16 Ogos.

Dia turut menyambut baik langkah Majlis Sukan Negara (MSN) membenarkan tempoh latihan dua minggu untuk menggunakan venue pertandingan sebelum temasya Sukan SEA bermula.

“Bagi saya ia sudah mencukupi bagi kami menyesuaikan diri,” tambahnya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");