Berita Hari Ini

Raja Muda Perlis Lancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail berkenan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri di tapak Bazar Ramadan Arau, semalam.

Kempen bertemakan ”Pandu Cermat, Sampai Selamat – Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama” dilaksanakan mengikut konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan pelbagai agensi kerajaan.

Antaranya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Kesxelamatan Sosial (Perkeso).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah agensi-agensi kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu membantu JKJR dan MKJR mengurangkan kemalangan dan menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna.

Pada kempen itu, JKJR dan Perkeso menyumbangkan 50 unit topi keledar kepada penunggang motosikal serta melekat stiker pantulan cahaya di motosikal dan mengedar risalah tip keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Bersempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan zakat MAIPs kepada 40 orang asnaf terpilih di sekitar Arau dengan etiap seorang menerima RM600.

Baginda kemudian berkenan melakukan ”Walkabout Keselamatan Jalan Raya” dengan diiringi puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");