Berita Hari Ini

Selangor Penyumbang 50 Peratus Kes Denggi Di Malaysia

Selangor diminta mempergiatkan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengawal penyakit denggi, virus Zika dan Chikungunya yang dibawa vektor tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam bagaimanapun berkata, kes denggi masih menjadi isu utama di negara ini dengan Selangor menjadi penyumbang kepada lebih 50 peratus bagi keseluruhan kes penyakit tersebut di Malaysia.

“Kita juga melihat trend peningkatan penyakit ini yang mana untuk beberapa bulan sebelum ini, jumlah kes denggi dicatatkan antara 1,600 ke 1,800 kes sebulan, meningkat kepada 2,233 kes pada 4 hingga 10 Jun lalu (minggu ke-23) dan 2,302 kes (28 Mei-3 Jun, minggu ke-22 ),” katanya dalam sidang media di kementeriannya pada Rabu.

Jumlah terkumpul kes denggi hingga minggu ke-23 menurun kepada 43,087 berbanding 52,185 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Justeru beliau menyeru semua pihak termasuk individu, masyarakat, kerajaan tempatan dan negeri untuk bekerjasama dalam memerangi tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mengelak kes itu daripada terus meningkat.

Dr Subramaniam berkata sempena Hari Denggi Asean yang disambut Khamis, kerjasama pada peringkat serantau masih diteruskan bagi mencari penyelesaian penyakit tersebut.

“Dengan tema, ‘United Fight Against Dengue’, kesemua negara Asean berkongsi maklumat, kajian dan pendekatan yang diambil untuk mengawal penyakit tersebut yang dialami seluruh negara Asean,”katanya.

Mengenai kes remaja Pulau Pinang yang dipukul sekumpulan bekas teman sekolah Sabtu lalu, Dr Subramaniam berkata khidmat perubatan akan diteruskan mengikut  prosedur yang ditetapkan.

“Dia diisytiharkan mati otak, tetapi melalui mesin kita akan pastikan saluran oksigen mencukupi, pengaliran darah berlaku dan jantung masih berdenyut seperti biasa. Dan kalau itu dapat kita teruskan, kita akan cuba merawat setiap pesakit seberapa lama yang boleh,” katanya.-Agenda Daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");