Membawang Hari Ini

Aaron Kecil Hati, Dakwa Diri Diperguna

Penyanyi Aaron Carter kecewa dengan kata-kata abangnya, Nick Carter di laman sosial Twitter yang seolah-olah mempergunakannya kerana menggunakan laman mirco-blogging daripada menghubunginya sendiri secara langsung.

“Jika darah daging saya sendiri (Nick) benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan saya, mengapa dia tidak menghubungi saya secara terus dan bukan melakukannya melalui forum yang sangat umum?.

“Itu langsung tidak hebat apabila menggunakan saya untuk PR dan mengenepikan saya semasa saya dalam keadaan susah,” kata pelantun lagu Crazy Little Party Girl itu seperti yang dilaporkan ET.

Baru-baru ini Nick memuat naik status di Twitter, ” Kepada adik saya, saya sayang kamu tidak kira apa & jika kamu berasa perlu untuk mendapatkan pertolongan, saya di sini dan bersedia untuk membantu kamu menjadi lebih baik.”

“Keluarga tidak selalu mudah, jadi kita semua di sini untuk anda,” tulis Nick.

Terdahulu, kecoh mengenai berita Aaron dan teman wanitanya, Madison Parker ditangkap di hadapan konsertnya di Kansas City.
Dia ditahan atas dakwaan dibawah pengaruh alkohol, memiliki ganja dan memiliki objek berkaitan dadah. Akibatnya, Aaron terpaksa membatalkan konsertnya.

“Aaron mempuyai lesen perubatan untuk ganja bagi mengawal penyakit kebimbangannya sejak lama dulu, jelas wakil penyanyi tersebut.

“Video dari Auto Zone akan membuktikan bahawa Aaron tidak berada dalam kenderaan yang bergerak ketika ditahan dan dituduh dibawah pengaruh alkohol. Dia merasakan dia imej ‘selebriti’nya dijadikan sasaran dan seorang peguam mengendalikan kes ini.

“Aaron dan teman wanita sedang meneruskan perjalanan mereka dan meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan mungkin akan memberi kesan kepada peminatnya sepanjang konsert jelajahnyatambah wakil itu lagi.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");