Perak Hari Ini

Anak Muda Sambut Baik Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Di Perak

Cadangan kerajaan Perak untuk membina lapang terbang baru,disambut baik oleh anak-anak muda di negeri itu

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri Perak, Al Yashir Bin Datuk Yahaya menyifatkan cadangan itu dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak muda khususnya yang tinggal dikawasan berdekatan lapangan terbang baharu nanti.

Malah jelas beliau, pekan atau township baru akan dapat dibangunkan senada dengan perkembangan pekan-pekan baru yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri sekiranya cadangan berkenaan direalisasikan.

“Negeri Perak punyai infrakstruktur yang mantap dari segi kemudahan laluan pengangkutan seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), West Coast Expressway (WCE) yang dalam pembinaan, Electric Train Service (ETS), dan Lumut Port.

“Dengan adanya lapangan terbang ini, ia adalah sebagai pelengkap kepada kemudahan pengangkutan yang merangkumi jalan darat, laut, dan udara.

“Jika betul sangkaan penulis lapangan terbang baru ini terletak di Daerah Manjung, ia dapat merancakkan lagi pelaburan kerana ia terletak berdekatan dengan antara pelabuhan paling sibuk di Negara ini iaitu pelabuhan Lumut atau Lumut Port.

Al Yashir menambah, lapangan terbang berkenaan juga dilihat bakal menjimatkan masa dan kos bagi pelabur-pelabur asing yang datang ke negeri Perak khusus untuk pelaburan.

“Saya dimaklumkan antara cabaran atau penghalang bagi menaiktaraf lapangan sedia ada iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) adalah kerana jarak landasan yang tidak boleh dipanjangkan lagi kerana faktor geografi dan juga lokasi sekarang yang terletak amat dekat dengan kawasan perumahan.

“Bagi pandangan saya, LTSAS boleh dipesatkan sebagai institut latihan untuk anak-anak muda yang mahu menceburi bidang penerbangan seperti yang ada sekarang.

“Di samping itu, dengan kedudukan unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institut latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), LTSAS boleh digunakan oleh kedua-dua badan ini bagi tujuan latihan dan operasi,” katanya menerusi siaran media.

Malah katanya, jika dilihat dari segi geografi, Perak adalah negeri yang terletak di antara dua negeri popular iaitu Selangor (KL) dan juga Pulau Pinang.

Maka, sekiranya ada suatu lapangan terbang yang boleh memendekkan jarak di antara kedua-dua negeri ini katanya, ia dilihat akan menjadi antara “booming factor” bagi pelabur dan pelancong berkunjung ke negeri bertuah ini lantas dapat meningkatkan ekonomi negeri ini.

Al Yashir yang sempat beberapa kali menaiki kapal terbang dari LTSAS dan amat terkejut kerana jumlah penumpang dari Singapura amat ramai berkunjung ke Ipoh.

“Antara sebabnya adalah faktor ekonomi kerana Ipoh adalah antara destinasi yang menawarkan kos yang rendah bagi penginapan dan suasana yang aman dan damai menjadi pilihan pengunjung dari luar negara.

“Ipoh adalah antara destinasi popular kerana keenakan makannya dan juga banyak tempat-tempat menarik. Ia adalah antara tarikan kepada pelancong asing dan dengan adanya satu lapangan terbang yang saya harapkan ianya bertaraf antarabangsa, ia akan dapat menganjakkan bilangan pelancong dan menyuburkan ekonomi negeri ini,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");