Jenayah

APMM Labuan Rampas Lori Bawa Arak Kontraban Menuju Ke Sabah

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah apabila anggota agensi itu menahan feri yang membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad.

Lori yang dipercayai bernilai lebih dari RM70,000 digunakan untuk menyeludup arak berjenama ‘Tiger Beer’ turut dirampas.

Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata lori mengangkut arak itu berjaya dikesan menaiki feri dari Labuan menuju ke Menumbok, Sabah pada pukul 5.30 petang semalam.

“Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada pukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami telah menjumpai arak itu disorok di bawah guni yang mengandungi serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa.

Kami juga turut mengarahkan kapten feri untuk segera berpatah balik ke Labuan dan merampas lori serta menahan pemandu kira-kira pukul 10.10 malam di Terminal Feri Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pemandu yang berusia 31 tahun itu memberitahu APMM bahawa dia memandu ke Kota Kinabalu tetapi gagal memberi penjelasan yang memuaskan di mana dia mengambil arak itu.

Che Adnan berkata pemandu lori itu kemungkinan akan didakwa menyeludup di bawah Akta Kastam 1967, kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen bagi membuktikan sumber konsainan.

“Rampasan ini (terbesar setakat tahun ini) malam ini (tadi), kami merekodkan empat kes setakat ini dengan dua daripadanya telah di bawa ke mahkamah,” kata beliau.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");