Jenayah

Bapa ‘Makan’ Anak Tiri Lelaki Sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang bapa mengaku salah di Mahkamah Sesyen hari ini, ke atas lima tuduhan iaitu melakukan perhubungan seks dan persetubuhan yang bertentangan dengan peraturan tabii terhadap dua anak tirinya antara April hingga 12 Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun dan beristeri itu, mengaku bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di depan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai penjaga kolam udang dituduh melakukan perhubungan seks itu ke atas anak tiri lelaki berusia 7 tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di tepi kolam udang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam, antara 17 April hingga 12 Julai lalu.

Tertuduh menghadapi dua lagi tuduhan iaitu melakukan kesalahan sama pada tarikh dan waktu yang sama terhadap anak lelakinya yang berusia 11 tahun di dua lokasi berbeza iaitu di sebuah rumah di Endau dan dalam kereta di kawasan pantai Mersing.

Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, dia turut menghadapi tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak lelakinya berusia 11 tahun tanpa kerelaan di dalam kereta di kawasan pantai Mersing antara 12.30 tengah malam hingga 1 pagi, antara 17 April hingga 12 Julai lalu.

Bagi tuduhan terakhir, tertuduh didakwa melakukan kesalahan, tarikh dan terhadap mangsa yang sama di sebuah kilang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebutan semula kes membacakan fakta kes dan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");