Berita Hari Ini

Rakyat Sungai Besar Kini Ada Perkhidmatan Ambulan Sendiri

SABAK BERNAM: Rakyat di kawasan Parlimen Sungai Besar mampu menarik nafas lega sekiranya berhadapan dengan sebarang kes kecemasan apabila mereka kini mempunyai perkhidmatan ambulan mereka sendiri.

Perkhidmatan itu merupakan hasil inisiatif Ahli Parlimen kawasan itu, Budiman Mohd. Zohdi yang berusaha menyediakan peruntukan sebanyak RM170,000 bagi mendapatkan sebuah ambulan yang akan beroperasi selama 24 jam setiap hari.

Menurut Budiman, perkhidmatan yang dikenali Ambulan Rakyat itu akan memberikan perkhidmatan menghantar pesakit melibatkan dua buah hospital berhampiran iaitu Hospital Tanjong Karang (HTK) dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini.

“Sebenarnya idea mewujudkan perkhidmatan Ambulan Rakyat ini tercetus semasa saya berkunjung dan menziarahi rakan- rakan sejawat dari Indonesia sebelum ini. Kebetulan pula mereka mempunyai perkhidmatan ambulans sendiri di kawasan pentadbiran mereka.

“Maka dari situ saya memikirkan adalah baik juga jika saya bawa idea itu untuk dilaksanakan di Parlimen Sungai Besar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan Ambulan Rakyat yang diadakan sempena perasmian Persidangan UMNO Bahagian Sungai Besar, di sini semalam.

Perasmikan perkhidmatan itu disempurnakan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

-UTUSAN ONLINE.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");