Perak Hari Ini

Beli Telefon Bimbit Secara Online Catat Aduan Tertinggi

TANJUNG MALIM:Aduan bagi penipuan pembelian atas talian (Online) bagi telefon bimbit mencatatkan bilangan tertinggi kes setakat Julai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan berkata setakat 13 Julai 2017 sebanyak 86 aduan diterima pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Perak.

Bagaimanapun jelasnya, ia menunjukkan bahawa kesedaran pengguna kepada isu tersebut telah meningkat.

“Bagi tahun 2016 sebanyak 98 aduan diterima manakala bagi tahun ini sebanyak 86 aduan setakat Julai,” katanya.

Katanya, aduan yang kerap diterima oleh KPDNKK Perak adalah berkaitan barangan yang dibeli tidak sampai dan barang yang diterima tidak sama dengan yang dipesan oleh pelanggan.

“Jika berlaku penipuan mangsa dinasihatkan untuk membuat aduan kepada KPDNKK atau memfailkan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM).

“Pengguna yang membuat pembelian melalui internet turut mempunyai hak yang sama seperti mana pembelian di premis fizikal dan mendapat perlindungan dibawah Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 dan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011,” katanya kepada media sejurus selepas menghadiri sesi walkabout di pasar Awam Tanjung Malim sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Mualim.

Jelasnya lagi, dalam memastikan urusniaga di internet adalah selamat pengguna disarankan untuk mengamalkan 9 tips iaitu perbandingan harga; semak maklumat perniagaan; semak testimoni;pilih laman web yang dipercayai;ambil kira kos sampingan;dapatkan butiran peribadi penjual;kaedah pembayaran;semak terma dan syarat serta simpan semua bukti pembelian.

“Kerajaan melalui KPDNKK sentiasa menganjurkan program kesedaran kepada golongan sasar supaya mewujudkan kesedaran mengenai hak mereka sebagai pengguna.

“Pelbagai aktiviti dianjurkan yang turut melibatkan agensi bukan kerajaan (NGO) dan para pengguna juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Bagi tahun ini, Kementerian telah menetapkan sekurang-kurangnya 15 sekolah di negeri ini dipilih untuk penganjuran program Kepenggunaan anjuran KPDNKK negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");