Isu Panas

‘Ustaz’ Kit Siang Petik Ayat Al-Quran

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP zaman dulu dengan mudah memujuk hati sebilangan kaum Melayu di negara ini supaya menyokong mereka dengan hanya memakai songkok ketika berkempen.

Zaman ini jauh lebih hebat apabila sebilangan pemimpin DAP mula menggunakan ayat-ayat suci al-Quran bagi menjulang parti sekular itu di mata umat Islam dan menghentam kerajaan sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memetik dua ayat al-Quran bagi mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan beliau tidak takut kepada sesiapa termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apandi menegaskan beliau hanya takut kepada Allah S.W.T apabila Mahathir menuduh kononnya beliau boleh dipertanggungjawabkan kerana menyembunyikan bukti berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

“Saya mahu mengingatkan Apandi tentang ayat al-Quran. Jangan berbuat jahat di tanah yang menyebarkan rasuah, gangguan atau kerosakan. [Quran 2.60].

“Jangan membingungkan kebenaran dengan kepalsuan atau dengan sengaja menyembunyikan kebenaran [Quran 2.42],” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Ironinya, DAP sebelum ini berulang-kali mendakwa Malaysia bukan sebuah negara Islam dan sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia negara Islam melanggar Perlembagaan Negara.

Penentangan DAP terhadap Islam semakin ketara apabila membantah Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Parlimen. – Mynewshub.cc

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");