Berita Hari Ini

Biro Tatanegara Masih Relevan- PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Biro Tatanegara (BTN) masih relevan dan mampu meneruskan perjuangan kerajaan.

Tegas beliau, BTN melahirkan generasi yang ada semangat patriotisme dan sekali gus memastikan keamanan negara.

Jelasnya, warga BTN sejak dulu hingga kini berperanan penting dalam memastikan kerajaan terus menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

“Apabila kita sebut generasi TN50 iaitu generasi yang akan datang ini dan hari ini, mereka inilah yang mesti kita tanam dengan daya juang dan semangat patriotisme cukup tebal kerana inilah jaminan masa depan kita yang terbaik.

“Jadi saya ucap terima kasih kepada warga BTN sebab main peranan teruskan perjuangan kerana BTN masih relevan,” katanya semasa berucap pada Majlis Himpunan Perdana warga, sahabat dan bekas peserta BTN bersama Perdana Menteri pada Sabtu memetik laporan Astro Awani.

Pada masa sama, beliau melahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana banyak menyuntik semangat kepada BTN dan menjadi asas penubuhannya.

“BTN yang sangat rapat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak dulu lagi, ditubuh dengan peranan dan objektif yang khusus untuk menyumbang kepada terbentuknya minda dan semangat di kalangan rakyat Malaysia untuk membantu menjamin sebuah kerajaan yang dapat melangsungkan kepimpinannya dan kekuasaannya.

“Ini kerana agenda kita atas nama bangsa dan negara dan menjangkau tempoh yang memerlukan sebuah kerajaan yang dapat bertahan lama,” tambahnya.

Ujarnya, generasi baru hari ini bertuah kerana lebih terdidik oleh perjuangan yang dibawa kerajaan.

Malah, Perdana Menteri yakin mereka akan mampu menempa masa depan yang lebih baik hasil didikan dan perjuangan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");