Membawang Hari Ini

DNCE Bakal Gegarkan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, kumpulan yang dianggotai oleh Joe Jonas, DNCE, bakal menghiburkan peminat di negara ini apabila mereka bakal menjayakan persembahan di KL Live, di sini, 8 Ogos depan.

Selain vokalisnya, Joe, bekas ahli kumpulan Jonas Brothers, kumpulan rock-dansa dari Amerika Syarikat itu turut diperkuatkan oleh JinJoo Lee selaku pemain gitar, Cole Whittle (bes/keyboard) dan Jack Lawless (dram).

Kedatangan kumpulan yang terkenal dengan lagu Cake By The Ocean itu direalisasikan oleh Universal Music Malaysia dan Wilbros.

Selain itu, Universal Music turut melancarkan aktiviti diberi nama ‘stream to unlock’ sebagai cara mendapatkan perhatian dan maklum balas peminat di Malaysia dalam usaha membawa kumpulan terbabit ke sini.

Peminat harus melakukan penstriman album DNCE seberapa banyak yang boleh sebagai tanda keinginan mereka untuk melihat kumpulan berkenaan singgah di Malaysia.

Nyata peminat membuktikan kesungguhan masing-masing apabila kempen terbabit mendapat sambutan luar dugaan hanya dalam masa dua minggu ia dilancarkan.

Kumpulan DNCE mula memperkenalkan diri mereka kepada penggemar muzik dunia menerusi single sulung, Cake By The Ocean, yang meraih platinum berkembar dan menjadikan mereka antara kumpulan terbaik pada 2016.

Sehingga kini, video rasmi lagu terbabit sudah ditonton lebih 275 juta kali di laman YouTube.

Menerusi album DNCE yang dilancarkan pada November tahun lalu, kumpulan ini turut dikenali dengan lagu Body Moves dan Toothbrush.

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan Jonas dan rakan sekumpulannya, mereka boleh mendapatkan tiket yang dijual menerusi www.myticket.asia.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");